Pengalaman bersalin di SALAM Specialist Hospital

Assalamualaikum

Genap anak pertama umur 4 tahun, mummy teringin nak ada baby lagi since abangnya dah besar. Hee.. tapi masih manja dengan mummy lagi.

Tahun 2020.

8/12/2019 Kali pertama check positive.

11/12/2019 Kali kedua check positive. Dalam 5 minggu lebih.

31/12/2020 Saya start rasa tak sihat, selsema. So amek mc pergi klinik. Pastu bagitahu doctor ade check pregnancy test,positive. Doctor scan. Alhamdulillah kandungan dah umur 8 weeks.

Due 9.8.2020

Macam biasa, bila dah start pregnant macam- macam nak kena plan. Checkup, bersalin, berpantang.

So since kami dah duduk Shah Alam, survey tempat bersalin area shah alam yang berdekatan dengan rumah. Nanti senang suami nak ulang alik.

Bulan 3, pkp start so memang duk rumah je. Kerja dari rumah. Start puasa pastu raya. Kali ni sedar tak sedar kejap je dah masuk bulan 8. Memang tak terasa sangat. Tambahan pulak alahan memang takde. Masa awal awal tu je kurang selera makan.

Bila duduk rumah ni, macam macam kerja hakiki. Hee..masak masak dan masak. Hee.. tapi Alhamdulillah Allah permudahkan sepanjang mengandung. Tambah masa pregnant kali ni memang consume sethamilshaklee untuk tambah tenaga.

Rasa best pulak duduk rumah. Memang saya jenis yang suka duduk rumah. So bila kene pkp tu ok je. Kerja pun kat rumah. Takde penat ulang alik pergi office. Memang ade hikmah disebalik negara yang tengah bergelut dengan covid-19. Memang kali ni tak pergi mana. Paling jauh pergi pun balik keramat rumah parent.

Persiapan kali ni memang saya list betul betul. Experience dari kelahiran pertama dulu. Apa yang diperlukan sebab anak kedua ni plan memang nak berpantang kat rumah sendiri.

Keperluan baby✅

Keperluan berpantang✅

Keperluan breastfeeding✅

Persediaan bersalin (barang keperluan dalam wad)✅

Genap 33 minggu, masa tu pilihan nak bersalin kat Avisena atau SALAM hospital. Bila survey, doctor avisena tak banyak sangat review. Ada ramai doctor gyne. Dah cakap kat suami, nak cari doktor yang ada good review.

Pastu google SALAM hospital, ramai yang bagi good review doktor kat SALAM. Iaitu doktor Siti Mariam. Kat bawah review dari 2 orang kawan saya.

Kawan 1 : Senang sangat bersalin dengan doktor siti. Walaupun dia ramai patient, dia boleh handle dengan cekap. Masa kawan saya ni nak bersalin, anak dia kepala ke tepi sikit. Ni anak kedua. Masa anak pertama case sama tapi in the end kene c-section. Ni yang saya paling takut. Emergency ceaser. Tapi kawan saya Alhamdulillah anak kedua ni dia boleh bersalin normal. Doc Siti cuba pusing masa dalam labour room. Doktor akan cuba normal delivery selagi boleh.

Kawan2 : Takde complication apa apa. Tapi 3 orang anak dia bersalin secara normal dengan doktor Siti. Suami nak offer bersalin kat Avisena taknak. Sebab dah selesa dengan doktor Siti. Jahitan kemas memang tak terasa benang jahitan.

Ok nak cerita bab saya pulak. Doktor Siti,sangat la sempoi. Consult dengan dia pun ok. Cakap je apa nak cakap atau nak tanya. Dia ok. Saya awal awal cakap kat doktor nak bersalin natural. Tiap kali datang memang akan scan detail baby. Sebab klinik biasa, scan 2 kali kalau tak ingat. Tapi tak nampak detail sangat. Pastu ultrasound check jantung baby. Waktu checkup, doktor akan masuk dalam pkl 9 lebih macam tu. Kadang pukul 10. Walaupun patient doktor siti ramai tapi dalam tengahari dalam pkl 12 lebih macam tu dah settle semua patient. Saya la tu orang yang last. Hee..selalu datang pkl 10 lebih sebab dah tahu doktor akan masuk lambat. Tapi ok je so far tak tunggu lama sangat. Kos setiap kali datang checkup dalam RM160 lebih mcmtu. Tapi 1st datang buat detail scan mahal sikit dalam RM200 lebih kalau tak silap. Bagi saya agak murah jugak.

Pastu betul la apa yang orang review. Jahitan doktor Siti ni kemas. Memang tak rasa sakit pun lepas bersalin. Tak rasa benang jahitan. Nurse yang datang visit kat rumah pun cakap kemas. Doktor jahit belah dalam. Masa lepas bersalin pun saya cakap kat doktor, tak rasa sakit jahitan. Doktor cakap memang dia jahit sorok. Belah dalam. Tak tahu la tu mcamana. Hee.. lagipun doktor cakap koyak sikit je tak sampai 1st degree. Memang tak gunting, tapi natural koyak.

Al kisahnya masa proses bersalin saya pulak, pergi checkup 27.7.2020. Masa tu dalam 38 minggu.Baby tak turun turun ke bawah. Ikutkan masa tu dah boleh bersalin. Sebab orang cakap kalau dah hujung hujung patutnya baby dah turun.Tapi saya cakap awal awal kat doktor siti saya nak bersalin natural. Boleh lagi tunggu sampai 39 minggu since anak pertama pun bersalin masa 39 minggu. Next entry, pengalaman bersalin anak pertama.

So doktor Siti bagi mc sampai ke next appointment 6.8.2020. Masa tu dah masuk 40 minggu. Ikutkan due hasil dari detail scan 8.8.2020.

Syok dapat mc 11 hari awal. Bab kerja masa tu dah settle and handover siap siap kat team.

Datang 6.8.2020, 40 minggu. Baby masih tak turun turun lagi. Perut tinggi lagi dan tak rasa tanda nak bersalin.. Hee. Doktor tanya nak warded harini tak. Doktor akan bagi option. Ofkos la saya cakap tak nak. Sebab tak rasa sakit lagi nak bersalin. Tambah pulak sebab dh experience anak pertama kalau warded memang kene induce. Induce sakit sangat. Macam paksa baby keluar. Kalau induce ni ada chance untuk emergency ceaser jika bukaan tak sampai 10cm dalam beberapa jam dan kalau baby dah start berak dalam perut. Doktor terima saya cakap taknak warded tapi doktor tolong bukakkan laluan 4cm. Masa tu tak sakit lagi. Since rumah dekat doktor bagi balik dulu. Senang sangat doktor Siti. Dia akan tanya kita dulu macamana. Bagi option kat kita. So kitorang pilih taknak warded lagi.

Malam atau pagi esoknya kemungkinan akan bersalin doktor cakap based on experience doktor sebelum ni. Biasa kalau dah bukak laluan memang takkan lama. Happy dapat balik rumah dulu. Sebab nak uruskan abang danial.

Lepas je balik dari klinik doktor Siti, terus pergi beli groceries topup untuk barang basah masa pantang nanti dan barang yang tak cukup lagi. Mana yang boleh beli awal, kitorg dah beli. Cuma sayur dan barang basah. List dah prepare awal. Yang ni penting kalau pilih untuk berpantang sendiri. Walaupun kitorg hire CL, tetap kene prepare barang barang ni senang untuk CL masak nanti.

Pergi amek abang danial dari school. Bagitahu parent. So masa tu jugak parent prepare datang ke shah alam dari keramat . Untuk tengokkan abang danial. Ingatkan sempat la nak bersalin esoknya. Tapi makin lama dah makin kerap rasa contraction. Kali ni sakit sikit tak nak lagi pergi hospital. Bila dah tak tahan baru pergi. Start monitor contraction. Last contraction yang record pukul 8.

Lepas beli groceries, sebelum pick up abang danial kitorang balik rumah dulu. Masa tu dah start contraction tapi masih boleh bertahan. Masa tu memang zikir je. Mandi sebab nak bagi segar badan. Makan kenyang kenyang untuk bagi tenaga plus makan vitamin c. Sbb dah tahu mungkin malam ni bersalin.

Memandangkan parent belum sampai, saya ikut juga suami pergi pickup abang Danial. Ingat nak duduk rumah tapi takut pulak kalau bersalin sorang2. Hee..

Masa dalam kereta, makin kuat contraction nasib jalan tak jem sangat. Abang Danial pun behave je. Faham mummy tengah sakit.

Sampai je rumah, parent sampai. Saya solat maghrib dulu. Masa tu mampu lagi nak solat. Walaupun contraction makin kerap.

Dalam pukul 830 ajak suami pergi hospital sebab rasa tak tahan sangat. Yang ni kene pastikan beg hospital dah ready. Makanan lepas keluar labour room, contoh nestum ke biskut. Sebab dah tahu bila keluar labour room mesti lapar sangat. Pastu air zamzam dan kurma. Yang ni untuk masa dalam labour room.

Sampai kat hospital, nurse check dah 6cm ke 7cm. Nurse check ctg, tukar baju. Pukul 9 masuk labour room. Nurse call suami suruh masuk. Suami masuk dalam pkl 915.

Masa dalam labour room, macam biasa la drama start..hee.. Minta maaf kat suami.. Yang ni wajib..patutnya hari hari kene minta maaf.

Masa dalam labour room selagi blh makan, makan la. Hee..saya makan kurma,coklat minum air zamzam. Sebab nak bagi tenaga masa push. Nurse nak bagi gas nak kurangkan sakit,tapi saya taknak lagi. Sbb tahu gas tu boleh buat mengantuk. Selagi boleh tahan,tahan la. Nanti mengantuk tak larat nak push. Tapi dekat hujung hujung saya pakai jugak gas. Tapi kejap je. Pastu dalam pukul 9.45pm doktor check bukaan dah 10cm dan suruh cabut semua dah boleh start push. Ramai la nurse yang datang. Kejap sangat kali ni nak ke 10cm dan tenaga pun lain macam. 2 3 kali push, dah nampak rambut tapi baby tak keluar jugak. Siap tanya husband, tak keluar lagi ye baby. Haha..lawak pulak.

Doktor dah pelik kenapa tak keluar jugak. Ni husband yang cakap. Saya memang tahu nak push je time ni. Doktor agak terbelit tali pusat sebab tiap kali push jantung baby drop. Doktor cakap kat suami. Then doktor cakap xpe cuba dulu. Doktor mintak untuk vacum, then push doktor vacum baby keluar. Masa ni saya tak rasa pun baby keluar. Nak push lagi diorang suruh stop. Punya la banyak tenaga. Alhamdulillah keluar la baby tepat jam 10.02pm. Saya dan husband agak amazing jugakla kali ni sebab sekejap sangat. Tak sampai sejam dalam labour room. Bila baby dah keluar doktor tunjuk kat husband memang betul, tali pusat terbelit dua kali. Ni satu lagi review yang saya baca, doktor Siti memang akan push ke normal delivery selagi ada chance. Memang betul la. Kalau ikutkan saya, risiko jugak time tu sebab tali pusat terbelit. Nasib tak kene emergency ceaser. Aduyai.

Ada yang tanya, macamana rasa bersalin secara vacuum. Tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya xde beza pun vacuum ke normal biasa. Vacuum tu alat yang digunakan untuk tarik baby keluar masa kita push. Tu je. Baby saya tak dapat keluar sebab tersangkut dengan tali pusat. So perlukan alat untuk tarik keluar.

Kali ni dapatla saya peluk baby masa fresh2. Dapat la tengok muka baby. Pastu nurse bagi husband azan kat sebelah dalam labour room.

Lepas bersalin pun tenaga banyak lagi. Tak tahu la miracle kot kali ni. Siap boleh bersembang lagi dengan doktor masa tengah jahit luka bersalin. Siap cerita, malam yang sama tu 4 orang patient dia masa tu. Sorang lagi uri tersangkut. Sebelum doktor jahit, dia siap cakap saya betulkan rahim awk lepas tu buang ketulan darah. Memang terasa dia seluk keluarkan darah tapi tak terasa sakit. Mungkin sebab sakit contraction tu lagi sakit kot. Doktor siti memang akan bercakap cakap dengan kita. So kita takde la tertanya tanya apa doktor buat ni.

Bab bilik pulak, single room tapi nak compare dengan bersalin anak pertama kat hospital al islam, bilik kat SALAM agak kecil sikit. Tp so far, selesa je asal duduk single room, suami boleh teman. So suami teman saya sampai esok pagi. Kali ni rasa kuat sikit, awal awal je suami bawak pergi mandi. Lepas tu dah okay boleh pergi sendiri. Sebab husband kene balik pagi tu untuk tengokkan abang Danial dan mandi. Yang ni saya lupa nak prepare baju untuk husband jugak untuk bawak pergi hospital.

Kat sini breakfast agak lambat sikit. Sebab tu kita kene prepare makanan untuk lepas keluar labour. Sebab memang akan lapar sangat. So sementara tunggu breakfast, makan nestum dan biskut. Kurma juga.

Doktor datang visit agak lambat sikit, dalam pukul 1 lebih kalau tak silap ke pukul 2. Sebab xde masalah apa apa doktor cakap dah boleh balik lepas settle beberapa dokumen. Masa nak keluar tu, diorg akan bagi beg sandang, pampers dan susu frisolac satu tin. Ok jugak la gift. Frisolac ni ok sebab ada fiber. So baby akan senang membuang.

Panjang berjela post kali ni, harap membantu siapa siapa yang tengah mencari hospital untuk bersalin nanti. Bagi saya, apa yang penting doktor. High class ke tak high class ke hospital bersalin tu tak penting sangat.

Total kos bersalin aritu dalam RM3800. Ikutkan RM3000 je tapi disebabkan pakai vacuum tu kire kos lain RM800. Kalau amek epidural pun kos lain kene tambah. So far, Doktor Siti bagus sebab memang friendly normal delivery. Patient dia ade juga yang luar dari Selangor. Contohnya dari Kuantan. Ni doktor Siti yang bagitahu. So diorang yang jauh jauh akan stay kat hotel sebelah hospital SALAM. Memang dekat sangat. Hotel D palma. Tapi area hospital tu banyak lagi hotel hotel yang lain. Maybe murah sikit. So yang jauh jauh boleh la prefer bersalin sini.

Tu saja review saya dan pengalaman bersalin di SALAM specialist hospital.

Certified shaklee independent distributor,

Rosma Mohamed

0166661381

Related Posts

2 thoughts on “Pengalaman bersalin di SALAM Specialist Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *